Biro Perisikan Persekutuan (Jerman)
Biro Perisikan Persekutuan (Jerman)

Biro Perisikan Persekutuan (Jerman)

Biro Perisikan Persekutuan (Bahasa Jerman: Bundesnachrichtendienst (Sebutan bahasa Jerman: [ˌbʊndəsˈnaːχʁɪçtnˌdiːnst], BND; CIA beri nama kod CASCOPE[2]) ialah sebuah agensi perisikan luar negeri Jerman, berada secara langsung dibawah Pejabat Canselor. Ibupejabatnya terletak di Pullach berhampiran Munich, tetapi ia dalam proses dipindahkan ke ibupejabat baru di Berlin pada tahun 2017. BND mempunyai 300 lokasi di Jerman dan negara-negara asing. Pada tahun 2005, ia menggaji sekitar 6,050 orang, 10% darinya adalah askar Bundeswehr, yang digaji oleh Amt für Militärkunde (Pejabat bagi Sains Ketenteraan). Peruntukan BND bagi tahun 2017 adalah 832,860,000.BND bertindak sebagai sistem amaran awal untuk memberitahu kerajaan Jerman tentang ancaman kepada kepentingan luar negara Jerman. Ia amat bergantung pada perakam perbualan telefon dan alat elektronik untuk mengawas komunikasi antarabangsa. Ia mengumpul dan menilai maklumat mengenai pelbagai bidang seperti terorisme antarabangsa, percambahan senjata pemusnah besar-besaran dan pemindahan teknologi yang tidak sah, jenayah terancang, pemerdagangan senjata dan dadah, pengubahan wang haram, emigrasi haram dan peperangan maklumat. Selaku satu-satunya agensi perisikan Jerman di luar negara, BND mengumpul kedua-dua risikan tentera dan awam. Walaupun Pasukan Rekonaisans Strategik (Kommando Strategische Aufklärung) (KSA) Bundeswehr juga menjalankan misi ini, ia bukanlah sebuah agensi perisikan. Terdapat kerjasama rapat antara BND dan KSA.Perkhidmatan rahsia kembar BND dalam negeri adalah Pejabat Persekutuan bagi Perlindungan Konstitusi (Bundesamt für Verfassungsschutz, atau BfV) dan 16 pejabat kembar di peringkat negeri Landesämter für Verfassungsschutz (Pejabat Negeri bagi Perlindungan Konstitusi); terdapat juga organisasi perisikan tentera yang berasingan, iaitu Militärischer Abschirmdienst (MAD, Biro Risik Balas Tentera).BND adalah pengganti kepada Organisasi Gehlen. Tokoh utama paling terkenal dalam sejarahnya ialah Reinhard Gehlen, yang merupakan presiden pertamanya.

Biro Perisikan Persekutuan (Jerman)

Agensi terdahulu
Di bawah bidang kuasa Kerajaan Jerman
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
Agensi induk Canseleri Jerman
Ibu pejabat Pullach dan Berlin (bermula 2014)
Dibentuk 1 April 1956; 63 tahun yang lalu (1956-04-01)
Tapak web www.bnd.de
Belanjawan tahunan €832.86 juta (2017)[1]
Kakitangan 6,500 (2012)

Rujukan

WikiPedia: Biro Perisikan Persekutuan (Jerman) http://www.bnd.bund.de/EN/_Home/home_node.html http://www.foia.cia.gov/sites/default/files/docume... http://isni.org/isni/0000000453460107 //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B... https://www.bundeshaushalt-info.de/#/2017/soll/aus... https://id.loc.gov/authorities/names/n97113898 https://d-nb.info/gnd/2130784-2 https://viaf.org/viaf/157280209 https://www.wikidata.org/wiki/Q272969# https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Bundes...